Wednesday, 16 December 2015
Saturday, 12 December 2015
LATAR BELAKANG SDH
Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam persekitaran kondusif. Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan salah satu terapi yang dapat membantu proses penyembuhan terhadap masalah kesihatan yang ditanggung oleh murid berkenaan. Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalam persekolahan yang konvensional.
YNY adalah satu pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada 12 Mac 1991. Salah satu tujuan penubuhan YNY adalah untuk membantu meningkatkan taraf pencapaian dalam pendidikan dan keilmuan di Malaysia. Hasrat tersebut direalisasikan melalui Program SDH.
Penggunaan nama SDH telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk SDH KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan olehKetua Pengarah Pelajaran Malaysia. Mesyuarat juga memutuskan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) adalah pentadbir dan pengurus SDH.
SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School di Australia (The Children’s Hospital at Westmead, Royal North Shore Hospital dan Sydney Children’s Hospital, Randwick) yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)