LATAR BELAKANG SDH:HTJS

Dari segi geopolitik, SDH:HTJS terletak di dalam bangunan HTJS. Jaraknya ke pusat bandar Seremban 15 km. Lokasinya pula berada dalam bangunan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak.
Keunikan sekolah ini ialah pelajar-pelajarnya berbilang kaum dan mewakili penduduk seluruh negara. Konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB Perdana Menteri sebenarnya telah lama wujud di SDH:HTJS.
Sekolah ini mempunyai dua buah kelas iaitu Kelas Sekolah Rendah/ Pra Sekolah serta Kelas Sekolah Menengah. Setiap kelas boleh menempatkan 14 murid dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kelas dilengkapi dengan kemudahan televisyen sebagai medium untuk menjalankan P&P yang menarik. Rekabentuk sekolah ini memang berbeza dengan SDH lain di Malaysia. Ini terbukti apabila kelas SDH:HTJS berada di dalam wad. Semua kelas dan pejabat dilengkapi dengan penghawa dingin. Sepanjang P&P ibu bapa boleh melihat anak-anak mereka belajar bersama guru-guru melalui cermin lutsinar.
Semenjak penubuhan sekolah ini, seramai lapan orang guru dan seorang pembantu penguruan murid (PPM) telah berkhidmat di SDH. Berikut adalah kakitangan yang berkhidmat di SDH;

Bil

Kakitangan

 

Tempoh

1

Pn Noor Shamiyah Binti Ismail

Penyelia SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

2

En Mohammad Azwan Bin Omar

Penolong Penyelia SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

3

Pn Norhayati Binti Ibrahim

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

4

Pn Siti Hakimah Binti Muslim

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

5

En Mohd Zuhairi Bn Zainal

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

6

En Muhammad Anas Bin Md Rejab

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

7

Cik Norhidani Binti Buyong

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

8

Pn Farah Fasihah Binti Che Tajudin

Guru SDH:HTJS

Julai 2014 - sekarang

9

Pn Norhasidah Binti Siron

Pembantu Pengurusan Murid

Julai 2014 - sekarang

No comments:

Post a Comment